huh!
dah lama aku tak memblogkan diri aku kat sini. hampir 5 bulan kot. hihihih.. malas nak update. bukan ada apa pun yang best. hmmm... tapi lepas ni aku akan update selalu (kalau boleh la..huhhu)
sedar tak sedar, aku dah sem 4 rupanya. dah lama jugak la aku kat campus nih. hurm.. lagi berapa sem je nak habis. tak sabar pulak. erkk?? tak sabar ke? ntah.. aku pun tak sure..
sejak aku berenti tulis blog, macam macam benda jadik kat aku. abah aku sakit.. sakit teruk jugak la... aku tak tau nak buat apa bila tengok dia menderita sakit macam tu.. aku ada jugak jaga dia. sampailahhhhh... abah meninggal 25 Ogos 2010 lepas. aku sedih sangat2 sebab aku yang paling rapat dengan abah. aku sayang sangat kat dia. tak sangka abah yang tak pernah sakit, once dapat sakit.. terus pergi.. adik sayang ABAH...abah tunggu adik ye bah.... InsyaAllah, Allah akan temukan kita kat sana nanti...
sekarang aku dah tak ada abah, tinggal mak je. nasib baik akak ngan abang sayang kat aku. aku bersyukur sangat. aku takkan sia siakan dorang. hubungan kitorang bertambah rapat since abah pergi. aku sayang sangat2 kat family aku now n foreverrrrrr........
budak yang aku dok ushar pun ntah ke mana hilang dia. malam merdeka tu dia ada miskol aku. tapi...aku buat bodo je. malas la nak layan perempuan yang suka main tarik tali nih. aku yang terlilit terbelit kat tali tu, dia yang seronok.. just forget it ok kalau perempuan macam tuh..
tapi...mampu ke aku??? aku dah start sayang kat dia...urrghhhhh..!!!!!
so, apa yang aku nak buat sekarang ni. nak menangis meratap pun benda dah jadi. aku hanya mampu doa banyak2 untuk abah. life must go on..... aku janji aku akan jadi the best person untuk abah. aku takkan sia siakan life aku ni dengan soal cinta yang bodoh bangang. hidup dengan aku senang. kau tak carik susah, sampai mati aku bahagikan kau. ok.. huhuhuhuh..
AKU RINDU ABAH..
No comments:
Post a Comment